Jomfly

Accessibility

Navigation

Jomfly Paraglider

 

Terbang bebas di udara...

Adakah anda sedari kecil mengimpikan diri anda untuk terbang bebas di udara bagai burung? Atau anda ingin memiliki pesawat terbang peribadi dengan anda juruterbangnya?
Jika ini yang anda impikan sekian lama, maka ParaLuncur Bermotor atau Paramotor mungkin jawapan untuk anda. Dengan kos permulaan yang rendah dan latihan asas yang singkat (3 ~ 7 hari/ 15 ~ 20 jam) oleh jurulatih berpengalaman kami, anda sudah boleh mengemudi dan mempuyai pesawat ringan peribadi kawalan anda sendiri.

ParaLuncur Udara Bermotor adalah sukan udara yang seronok dan mengujakan. Bermula di Eropah seterusnya ke Amerika, ia menular menjadi popular ke serata dunia. Usia sukan ini sudah mencecah lebih 18 tahun dan dengan teknologi dan kecanggihan pembuatan terkini peralatan sukan ini kini mudah diperolehi, lebih lasak, tahan lama dan semestinya mempuyai ciri ciri keselamatan yang sewajarnya.

Bercanggah dengan persepsi sesetengah individu, ia sebenarnya mampu dimiliki oleh mana-mana peminat sukan ini. ParaLuncur Udara bermotor membuka ruang untuk anda merasai pengalaman terbang dan menikmati pemandangan dari udara yang anda impikan sebelum ini. Definasi mudahnya, ParaLuncur Udara bermotor adalah gabungan Paraglider atau Paraluncur dan sebuah motor kecil 2 lejang seberat 25~35kg berkuasa 150~200cc memutarkan kipas yang disandang di belakang badan anda.

Keselamatan:
ParaLuncur Udara Bermotor adalah aktiviti sukan udara berisiko rendah. Jika dibandingkan dengan cabang penerbangan yang lain, ParaLuncur bermotor ini mempunyai risiko yang paling kecil. Jika anda juruterbang melakukan terbangan dengan cara selamat dan mengamal kan disiplin yang baik maka penerbangan anda juga selamat.

Peraturan, undang-undang dan akademi penerbangan:
Peraturan dan undang-undang sukan bermotor ini tertakluk kepada undang-undang sedia ada pihak DCA. Lesen pengendalian unit paramotor ini dikeluarkan oleh pihak DCA. Buat masa ini, syarikat  PARAMOTOR RESOURCES adalah satu-satunya syarikat yang diiktiraf oleh pihak DCA untuk mengelolakan akademi penerbangan paramotor di Malaysia dan bekerjasama secara terus dengan pihak DCA untuk melatih penggunaan unit paramotor  di Malaysia.

Peralatan ParaLuncur Udara Bermotor:
JomFly berupaya membantu mendapatkan peralatan paramotor dan Paraluncur untuk anda dengan harga berpatutan bergantung kepada citarasa dan minat anda. Harga sebuah enjin bermula dari RM6500 hingga ke RM25000 manakala untuk harga Paraluncur atau Paraglider harganya bermula dari RM6000 ke RM12,000. Kebanyakan Paramotor ini adalah diimport dari luar negeri terutama dari Asia(Korea, Jepun), Eropah(Rep Czech, UK, Sepanyol) dan Amerika Syarikat menyebabkan harganya agak tinggi. Sekiranya anda punya kemahiran teknikal, anda mungkin berupaya membina enjin paramotor anda sendiri.