Jomfly

Accessibility

Navigation

Jomfly Paraglider

 

CARA, KEPERLUAN & KADAR BAYARAN UNTUK MENDAPATKAN LESEN PARAMOTOR : SPL & PPL RESTRICTED

SYARAT LAYAK MEMOHON:
  1. Warganegara Malaysia ATAU Mempunyai permit kerja (warga asing)
  2. Berumur 16 tahun ke atas
  3. Lulus pilot medical chek-up class 2. (boleh dilakukan di mana-mana hospital atau klinik yang menjadi panel DCA.Senarai boleh didapati dari pihak DCA / rujuk pegawai akademi )

LANGKAH 1 : LENGKAPKAN BORANG (DCA Borang 1-SPL)
Sertakan:
  1. 4 keping gambar berukuran Pasport
  2. salinan asal keputusan Pilot medical Chek-Up class 2
  3. 2 salinan kad pengenalan ATAU permit kerja + Pasport
  4. 1 salinan polisi insuran (sport PA-X game)
”STUDENT PILOT LICENCE (SPL )” akan dikeluarkan oleh pihak DCA dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan.

LANGKAH 2: MENJALANI LATIHAN TEORI DAN PRAKTIKAL ( 20 jam ) yang akan dijalankan oleh tenaga pengajar akademi. Sesi 20 jam perlu ditamatkan dalam masa 2 bulan selepas SPL dikeluarkan = untuk calon yang belum menguasai kemahiran
ATAU
Menjalani sesi penilaian penguasaan kemahiran oleh pihak akademi = untuk calon yang menguasai kemahiran bukan dari tenaga pengajar akademi & “ORANG LAMA”

LANGKAH 3: MENJALANI KURSUS PERSEDIAAN MENDUDUKI UJIAN PPL
- Wajib diikuti oleh semua calon .

LANGKAH 4 : MENDUDUKI UJIAN PPL (TEORI DAN PRAKTIKAL)
  1. Hanya calon yang lulus kedua-dua ujian (teori dan praktikal) boleh memohon PPL (PRIVATE PILOTS LICENCE-RESTRICTED).Calon yang gagal boleh mengulanginya. Selagi SPL masih dalam tempoh sah.
  2. PPL akan dikeluarkan oleh pihak DCA dalam tempoh sebulan selepas permohonan.
  3. Pemegang SPL @ PPL perlu mempunyai LOG BOOK (boleh didapati dari pihak akademi).Setiap kali PPL hendak diperbaharui, LOG BOOK adalah wajib disertakan : untuk memperbaharui lesen PPL,calon boleh berurusan terus dengan pihak DCA atau melalui pihak akademi.
KADAR BAYARAN:
  1. PILOT MEDICAL CHEK-UP CLASS 2 = berbeza-beza mengikut klinik
  2. POLISI INSURAN (SPORT PA-X GAME) = berbeza-beza mengikut syarikat insuran
  3. PROSES UNTUK MENDAPATKAN SPL = RM 70.00
  4. LATIHAN TEORI DAN PRAKTIKAL = RM 3,000.00 (termasuk peralatan)
  5. SESI PENILAIAN PENGUASAAN KEMAHIRAN OLEH PIHAK AKADEMI = RM 150.00
    = untuk calon yang tidak mempelajari kemahiran teori dan praktikal dari pihak akademi atau “ORANG LAMA“
  6. KURSUS PERSEDIAAN MENDUDUKI UJIAN PPL:
    1. Calon yang mengikuti latihan teori dan praktikal dari pihak akademi = PERCUMA
    2. Calon yang tidak mengikuti latihan teori dan praktikal dari pihak akademi = RM 250.00
  7. MENDUDUKI UJIAN PPL = RM 350.00
    1. Calon yang mengikuti latihan teori dan praktikal dari pihak akademi boleh menggunakan peralatan akademi secara percuma.
    2. Calon yang tidak mengikuti latihan teori dan praktikan dari pihak akademi boleh menyewa peralatan pada kadar RM 100.00. kerosakan menjadi tanggungjawab calon atau menggunakan peralatan sendiri.
  8. PROSES PPL OLEH DCA = RM 350.00
  9. PEMBAHARUAN TAHUNAN PPL OLEH DCA = RM 25.00
  10. NOTA :
    1) Pemegang lesen PPL yang layak boleh memohon kepada pihak akademi untuk menjadi tenaga pengajar bertauliah.
    2) Orang Lama = mereka yang telah terlibat dan berkemahiran mengendalikan unit paramotor sebelum 28 DISEMBER 2009.